Mayat penunggang motosikal dijumpai selepas tiga hari kemalangan - Utusan Malaysia

Mayat penunggang motosikal dijumpai selepas tiga hari kemalangan

ANGGOTA polis membuat pemeriksaan di lokasi mangsa kemalangan motosikal ditemukan selepas tiga hari di kawasan semak di Kilometer 22, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik- Jeli semalam. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Kehilangan seorang penyelia sebuah kilang di Kulim, Kedah sejak tiga hari lalu terjawab dengan penemuan mayat lelaki itu di kawasan semak di Kilometer 22, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik Jeli di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintenden Zulkifli Mahmood berkata, mayat lelaki berusia 46 tahun itu dijumpai oleh orang awam sekitar pukul 5.30 petang.

“Laporan kehilangan mangsa dibuat bapanya di Balai Polis Kuala Ketil, Baling, Kedah pada pukul 1.58 petang, semalam.

“Susulan laporan itu, rakan-rakan sekerja lelaki terbabit cuba menjejaki mangsa di lokasi kejadian sebelum menjumpainya dan melaporkan penemuan itu kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Gerik,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku Sabtu lalu sekitar pukul 11.15 pagi ketika mangsa melalui laluan berkenaan untuk menuju ke Banjaran Titiwangsa.

Katanya, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya hingga menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat. Siasatan kes dijalankan mengikut Sekeyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd. Zaidi Mat Yasin di talian 013-4487374,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya