MAVCOM sasar muktamadkan cadangan pindaan MACPC Jun

MAVCOM sasar muktamadkan cadangan pindaan MACPC Jun

AHMAD Luqman Mohd Azmi (kiri); Norazman Mahmud dan Raja Azmi Raja Nazuddin pada sesi taklimat Aviation 101 bersama pengamal media di KLIA, Sepang. - UTUSAN/KAMARIAH KHALIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) menyasarkan untuk memuktamadkan kertas rundingan mengenai cadangan pindaan terhadap Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC) 2022 menjelang Jun tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MAVCOM, Raja Azmi Raja Nazuddin, pihaknya sudah mengadakan proses rundingan dengan pihak berkepentingan termasuk syarikat penerbangan berhubung MACPC pada tahun lalu.

Justeru, beliau berharap sesi susulan bersama pihak penerbangan dapat diadakan bulan ini bagi membincangkan perkara-perkara dalam MACPC yang perlu diperhalusi dan ditambah baik.

“(Selepas mendapat) kelulusan daripada dalaman (pihak berkuasa), kami berharap ia akan dapat digazetkan kelak,” katanya pada sesi soal jawab bersama pengamal media sempena taklimat Airline 101 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini hari ini.

Selain Raja Azmi, turut memberi taklimat mengenai industri penerbangan termasuklah, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan Malaysia Aviation Group, Ahmad Luqman Mohd. Azmi dan Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kapten Norazman Mahmud.

Pada 19 Oktober lalu, media melaporkan MAVCOM menerbitkan kertas rundingan mengenai cadangan pindaan terhadap MACPC dan cadangan-cadangan pindaan termasuk perlindungan berkaitan bayaran balik, hak-hak penumpang, pas perjalanan serta penerbangan yang dikeluarkan daripada sistem tempahan syarikat penerbangan disebabkan pembatalan penerbangan.

Sejak MACPC berkuat kuasa pada 2016, syarikat-syarikat penerbangan dikehendaki membayar balik pengguna penerbangan sekiranya penerbangan dibatalkan atau pelan penerbangan diubah dengan ketara.

Salah satu penambahbaikan yang dicadangkan terhadap MACPC 2022 adalah bayaran balik dalam kaedah pembayaran asal bagi penerbangan yang tergendala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya