Maszlee beri bayangan kembali berkhidmat?

Maszlee beri bayangan kembali berkhidmat?

MASZLEE MALIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik memberi bayangan untuk berkhidmat dalam barisan pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menerusi hantaran di Facebook malam tadi, Maszlee memberitahu bahawa Perdana Menteri memaklumkan kepadanya supaya bersiap sedia berikutan cutinya hampir tamat. 

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam itu tidak memperincikan amanah dan tanggungjawab yang bakal digalas dalam hantaran berkenaan. 

“Kami di Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Keadilan berdiri teguh bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keutuhan Kerajaan Perpaduan dan penerusan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara. 

“Ahli MPP bertekad untuk memastikan parti akan terus relevan dan menjadi parti pilihan utama rakyat berbilang bangsa di tanah air ini. 

“DSAI (Perdana Menteri) bilang: “Just get ready, your sabbatical will soon be over!” (Bersiap sedia, cuti sabatikal kamu akan tamat tak lama lagi),” kongsinya. 

Malah dalam ruangan komen, Maszlee turut mengaminkan doa warga net yang mendoakannya agar dipermudahkan urusan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN