Maritim Malaysia masih teruskan pencarian kapal MV Dai Cat 06

Maritim Malaysia masih teruskan misi pencarian kapal MV Dai Cat 06

Kapal MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 9 Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak tertentu dalam usaha mengesan kehilangan kapal MV Dai Cat 06.

Satu sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, tindakan itu dibuat sebagai salah satu usaha bagi mengetahui pergerakan kapal berkenaan sebelum ia dilaporkan hilang.

Kata sumber itu, tiada sebarang petunjuk ditemukan sehingga kini namun pencarian kapal berkenaan masih diteruskan sehingga kini dari pelbagai sudut.

“Butiran maklumat yang diperoleh masih dalam peringkat siasatan dan tiada lagi maklumat kukuh berhubung kehilangan kapal ini sehingga ada apa-apa petunjuk baharu selepas itu baru kita tahu kemungkinan yang berlaku,” katanya di sini semalam.

Malah kata sumber itu, tiada kepastian sama ada kesemua kru yang terlibat selamat atau tidak.

“Jika mereka terlibat dalam kemalangan atau apa-apa kejadian berunsur jenayah, tiada petunjuk jelas ke arah itu,” jelasnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, siasatan membabitkan kapal MV Dai Cat 06 oleh Maritim Malaysia masih diklasifikasikan sebagai hilang.

Meskipun pencarian telah ditamatkan oleh oleh Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) Indonesia pada minggu lalu namun Maritim Malaysia akan meneruskan pencarian dengan melihat segala kemungkinan yang ada.

Lapor akhbar ini lagi, Maritim Malaysia juga ada berhubung dengan pihak berkuasa di negara jiran selain Polis Antarabangsa (Interpol) dalam usaha mencari kapal berkenaan.

Tumpuan siasatan Maritim Malaysia berhubung kehilangan kapal MV Dai Cat 06 menjurus kepada beberapa faktor termasuk sekiranya terdapat unsur-unsur jenayah.

Siasatan itu dimulakan sejak hari pertama kejadian berke­naan dilaporkan dengan melihat pelbagai sudut.

Antara penelitian yang dilakukan termasuk mengenal pasti keadaan kapal itu ketika kali pertama berlepas dari Pelabuhan Lumut, Perak pada 24 Disember.

Selain itu, keterangan beberapa pihak juga diambil bagi memastikan apakah kapal itu berada dalam keadaan baik ketika berlepas dan sistem perhubungan yang digunakan kapal berkenaan ketika berlayar juga akan diteliti adakah menepati spesifikasi yang betul sekiranya berlaku kecemasan.

Kecekapan anak kapal atau kru yang mengemudi kapal kargo itu juga diteliti.

Syarikat kapal berkenaan dikatakan milik tempatan dan kapal berdaftar di Kuching, Sarawak manakala nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, berasal dari Indonesia.

Jurutera kanan kapal juga adalah warga Indonesia iaitu Damai Papane Ole, 57, manakala ketua operasi kapal ialah Mohammad Syafarizan.

Dua lagi warga tempatan ialah Mohammad Sudeh Sudin, berusia 20 tahun dan Derrent Littor, 22.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya