Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 607 orang

Mangsa banjir Sabah meningkat kepada 607 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di negeri ini meningkat kepada 607 orang setakat pukul 4 petang ini.

Semua mangsa dari 139 keluarga  itu dipindahkan ke 10 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di tiga daerah iaitu Kudat, Paitan dan Pitas.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, tujuh PPS turut dibuka di Kota Marudu namun proses pengiraan jumlah mangsa terjejas banjir  belum diperoleh kerana pemindahan mangsa sedang berjalan.

Menurut kenyataan itu, daerah terjejas teruk adalah Kudat apabila seramai 381 mangsa daripada 77 keluarga dipindahkan ke PPS.

Mangsa yang paling ramai ditempatkan di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sikuati dengan seramai 322 orang daripada 71 keluarga.

Sementara itu, seramai 147 mangsa daripada 41 keluarga dipindahkan di Paitan manakala di Pitas seramai 79 orang dari 21 keluarga dipindahkan ke PPS.

Kawasan sering dilanda banjir di negeri ini mula dinaiki air susulan hujan lebat yang berlaku sejak semalam sehingga awal pagi tadi.

Berdasarkan pemantauan, trend air meningkat kepada paras bahaya maka penduduk di kawasan berisiko perlu segera dipindahkan ke PPS dan kawasan selamat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya