Mangsa banjir Johor meningkat semula

Mangsa banjir Johor meningkat semula, keadaan di Sabah semakin pulih, sembilan PPS masih di buka

SEBAHAGIAN kanak-kanak mangsa banjir melakukan aktiviti melukis dan mewarna di PPS Politeknik Mersing, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali mencatatkan peningkatan menjadi 2,687 orang daripada 747 keluarga yang ditempatkan di 33 pusat pemindahan sementara (PPS) semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, sehingga pukul 12 tengah hari, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding 2,478 orang daripada 689 keluarga yang direkodkan pada tengah malam semalam.

Beliau berkata, tujuh daerah di negeri ini masih terjejas iaitu Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak.

“Turut menunjukkan peningkatan ialah mangsa banjir di Batu Pahat yang meningkat menjadi 734 orang daripada 207 keluarga berbanding 694 penduduk daripada 194 keluarga bagi tempoh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, jumlah mangsa banjir di daerah lain tidak menunjukkan sebarang perubahan setakat ini dengan Segamat merekodkan seramai 123 orang daripada 34 keluarga, diikuti Kota Tinggi (415), Kluang (422), Muar (5) dan Tangkak (15).

“Sementara itu, Jalan Tanah Abang di Mersing masih ditutup disebabkan banjir, manakala Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau, Kulai masih ditutup untuk semua kenderaan disebabkan tanah runtuh,” katanya.

Sementara itu di KOTA KINABALU. selepas memasuki hari keenam banjir melanda , mangsa banjir menurun kepada 1,664 orang semalam. Setakat pagi semalam, 1,664 mangsa daripada 651 keluarga masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Pitas, Paitan dan Lahad Datu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, daerah yang menempatkan mangsa paling ramai adalah Pitas melibatkan seramai 1,363 mangsa.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya