Lemas ketika menjaring ikan

Lemas ketika menjaring ikan

LOKASI mangsa yang ditemukan lemas oleh orang awam ketika memasang jaring ikan di anak sungai Kampung Jambatan Merdeka, Kota Kuala Muda di Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika memasang jaring ikan di anak sungai Kampung Jambatan Merdeka, Kota Kuala Muda, di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 7.03 petang itu, mangsa, Ahyat Ahma, 46, ditemukan oleh orang awam yang mengangkatnya ke tebing sungai sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi talian MERS 999.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhammad Syukri Hashim berkata, tujuh anggota bomba bergegas ke lokasi untuk memberikan bantuan selepas menerima maklumat.

“Berdasarkan maklumat, mangsa yang merupakan penduduk tempatan sering dilihat memukat ikan berseorangan di situ. Kami diberitahu mangsa diangkat ke tebing oleh orang awam selepas ditemukan terapung di sungai terbabit,” katanya di sini, hari ini.

Muhammad Syukri berkata, pemeriksaan lanjut oleh petugas kesihatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat lemas sebelum kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan mayat dihantar untuk bedah siasat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya