Lelaki dipercayai mabuk terjun kolam

Lelaki dipercayai mabuk terjun kolam

ANGGOTA bomba dan penyelamat membawa naik mayat lelaki yang ditemukan dalam kolam air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai terjun dalam kolam takungan air di Tasik Puteri Centre Park, Batu Arang, Rawang, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kira-kira pukul 10.26 pagi dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang digerakkan ke lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, BBP Batu Arang menerima maklumat dari polis menyatakan terdapat seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk terjun ke dalam kolam takungan air pada 10 pagi. 

“Kerja-kerja mencari mangsa dikakukan dan ditemukan pada 1.33 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya