Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Lanchang - Utusan Malaysia

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing di Lanchang

LOKASI seorang pemancing berusia 23 tahun dikhuatiri lemas berdekatan Jambatan Mempatih, Lanchang di Temerloh, Pahang. - IHSAN JBPM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Selepas kejadian lemas remaja berusia 19 tahun di Sungai Pahang berdekatan Kampung Batu Bor, Bera empat hari lalu, kini seorang lagi lelaki dikhuatiri ditimpa nasib sama ketika memancing di Jambatan Mempatih, Lanchang di sini.

Mangsa, Muhammad Ikhram, 23, dilaporkan memancing bersama rakannya sebelum terjatuh dari tebing pada pukul 9.57 malam tadi.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat daripada polis pada pukul 10.56 malam tentang kejadian ini.

“Seramai lapan orang pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mentakab bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki dua jentera.

“Maklumat awal saksi memberitahu terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, pasukan bomba kemudiannya bertindak memulakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sekitar tempat kejadian sebelum ditangguhkan pagi ini.

Jelasnya, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Bukit Angin sudah dimaklumkan bagi membantu operasi bermula pukul 8 pagi ini dan sehingga kini mangsa masih belum ditemukan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.