Lelaki diburu lakukan khianat terhadap kereta juruacara

Lelaki diburu lakukan khianat terhadap kereta juruacara

polis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang lelaki diburu polis selepas disyaki terlibat perbuatan khianat ke atas sebuah kereta milik seorang wanita yang ditinggalkan di kawasan parkir terbuka di Taman Pusat Kepong dekat sini semalam.

Satu laporan dibuat mangsa yang bekerja sebagai juruacara kira-kira pukul 7.16 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 27 tahun itu meletakkan keretanya di hadapan sebuah rumah kedai pada pukul lebih kurang 1 pagi.

Katanya, semasa mangsa ingin mengambil kereta kira-kira pukul 9 pagi, dia mendapati tayar keretanya tiada angin manakala terdapat sebuah tong sampah besar berwarna hijau dan beberapa botol arak serta sampah sarap diletakkan atas kenderaan terbabit.

“Nombor pendaftaran kereta dicabut, manakala cermin penumpang bahagian kanan diconteng perkataan ‘no park’ menggunakan cat hitam.

“Semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek lelaki berkeliaran di kawasan berhampiran dipercayai melakukan perbuatan khianat terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Eng Lai, usaha mengesan suspek terbabit sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di 03 40482222.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan sekitar RM500.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan melakukan khianat yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun,”jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya