Lawatan Menteri Luar Singapura perkukuh hubungan Malaysia

Lawatan Menteri Luar Singapura perkukuh hubungan Malaysia

DR. VIVIAN BALAKRISHNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat julung kalinya, Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan melakukan kunjungan ke atas rakan sejawatnya, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia selama empat hari bermula hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini, lawatan rasmi beliau ini juga adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan lagi siri hubungan erat sedia ada antara Malaysia dan Singapura.

Malah ia merupakan kunjungan peringkat menteri yang pertama diterima Zambry sejak dilantik sebagai menteri ke-15 menerajui Wisma Putra pada 2 Disember tahun lalu.

Mengulas lebih lanjut, kenyataan itu memaklumkan bahawa kedua-dua menteri bakal bertemu bagi bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu berkepentingan bersama.

Beliau ujar Wisma Putra, juga bahkan dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

“Di samping itu, beliau akan mengadakan sesi pertemuan dengan beberapa menteri di bawah Kabinet pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang baharu,” jelas kenyataan itu lagi.

Lawatan kerja Vivian bakal memberikan peluang terbaik untuk Malaysia dan Singapura dalam mengukuhkan hubungan baik serta kerjasama pelbagai bidang antara dua negara.

Singapura sepanjang tahun lalu merupakan rakan perdagangan kedua terbesar Malaysia di peringkat global malahan yang paling besar dalam kalangan negara-negara ASEAN.

Republik tersebut merekodkan jumlah dagangan yang bernilai sebanyak RM336.73 bilion (AS$76.4 bilion) bertambah 30.8 peratus berbanding dicatatkan pada tahun sebelumnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya