Lapan termasuk empat pegawai kanan polis Sabah ditahan reman 

Bunuh: Lapan termasuk empat pegawai kanan polis Sabah ditahan reman 

IDRIS ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan penahanan lapan pegawai polis termasuk empat pegawai kanan bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan Pasukan Siasatan Khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan mengenai kes ini.

“Kes ini masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat setelah siasatan dilengkapkan.

“Justeru, PDRM tidak membuat kenyataan terperinci mengenai kes ini kerana ia masih terlalu awal dan dibimbangi boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris berkata, lapan pegawai polis itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Beliau juga menasihatkan pihak media agar tidak membuat sebarang spekulasi dengan mengaitkan kes ini sebagai isu keselamatan kerana kes ini lebih bersifat peribadi.

Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan penahanan enam pegawai polis di Sabah.

Penahanan tersebut dipercayai berhubung kes bunuh seorang lelaki di Tawau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya