Kualiti garis putih pantulan cahaya penting demi keselamatan

Kualiti garis putih pantulan cahaya penting demi keselamatan pengguna

KEADAAN jalan raya di Kuantan, Pahang yang garisan putihnya hampir tidak kelihatan dan menjadi antara penyumbang kemalangan. – UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan dan kontraktor disaran tidak mengambil langkah mudah da­lam penggunaan bahan bagi garis putih jalan raya demi kese­lamatan pengguna.

Pakar Keselamatan Jalan Raya Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr. Law Teik Hua berkata, walaupun kos bagi garis putih yang boleh memantulkan cahaya lebih mahal dan berkualiti, namun penggunaan jenis tersebut amat penting bagi kawasan memerlukan.

LAW TEIK HUA

 

Menurutnya, penggunaan je­nis bahan untuk garis putih yang boleh memantulkan cahaya adalah berguna bagi kawasan memerlukan memberi amaran terhadap pengguna terutamanya di lebuh raya dan kawasan yang mempunyai titik buta.

“Jika garisan tersebut pudar, maka pengguna mungkin akan cuai dan jika disabitkan kesalahan atas melakukan kesalahan di jalan raya, mereka boleh lari daripada tuduhan tersebut, kerana punca utama adalah penyelenggaraan jalan tersebut.

“Saya sarankan perlu ada satu kumpulan yang betul melakukan pemantauan dengan lebih terperinci dalam memastikan garis putih tidak dalam keadaan pudar,” katanya ketika dihubu­ngi pihak Utusan Malaysia.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, isu garisan putih di jalan-jalan persekutuan dan jalan negeri di seluruh negara kebanyakan tidak mengikut piawaian yang betul.

Laporan tersebut menyebut, Malaysia tersenarai pada kedudukan ke-12 paling bawah daripada 59 negara dengan kualiti jalan raya yang terburuk.

Beliau menambah, penambaikan dan pembaharuan terhadap garis putih jalan raya sepatutnya kerap dilakukan bagi memudahkan penggunaan jalan raya.

“Antara kawasan yang perlu kerap dilakukan adalah di kawasan yang terdapat bilangan pengguna jalan raya yang banyak melalui kawasan tersebut, seperti di lebuh raya.

“Jika tidak dilakukan sedemikian, pengguna jalan raya yang memandu secara laju, tidak perasan akan kewujudan garis putih di jalan yang kian pudar.

“Kekerapan proses membaik pulih garis putih tersebut adalah bergantung kepada cuaca, mi­salnya jika musim hujan kerja-kerja baik pulih perlu dilakukan sentiasa setiap bulan, terutama lebuh raya,” katanya.

Jelasnya, kontraktor bagi projek pembinaan jalan raya tidak sepatutnya, mengambil jalan mudah dalam merancang perbelanjaan bagi pembelian bahan berkualiti.

Ini kerana, kata beliau, walaupun bahan untuk membuat garisan putih pada jalan agak mahal, tapi mereka mengambil kira dari segi kualiti yang tahan dan juga berbaloi untuk keselamatan jalan raya. Justeru ,beliau mempersoalkan penyelenggaraan bagi garisan putih di negara ini masih sambil lewa teutamanya di kawasan bandar-bandar yang mempunyai bila­ngan penduduknya ramai. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya