Kor Ming berazam roboh, bersihkan 100 tapak pelupusan haram

Kor Ming berazam roboh, bersihkan 100 tapak pelupusan haram dalam tempoh 100 hari pertama 

NGA KOR MING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertekad meroboh dan membersihkan sekurang-kurangnya 100 tapak pelupusan haram dalam tempoh 100 hari pertama Kerajaan Perpaduan berkuasa, di seluruh negara. 

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, langkah berkenaan akan menjadi sebahagian daripada petunjuk prestasi kementerian demi kesejahteraan rakyat di negara ini. 

“Tindakan lebih tegas akan diambil terhadap mereka yang melakukan perbuatan ini (melupuskan sampah secara haram),” katanya dalam catatan di Twitter hari ini.

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya akan memperhebat penguatkuasaan terhadap pelupusan haram sisa pembinaan dan sampah di bandar raya.

Pengarahnya, Ummi Kalthum Shuib berkata, sebanyak 42 titik panas tempat pelupusan sampah secara haram dilaporkan pada tahun lalu. 

29 daripadanya adalah kawasan titik panas untuk pelupusan sisa buangan sektor pembinaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN