Empat sekeluarga PATI Myanmar dicekup sembunyi dalam semak

Empat sekeluarga PATI Myanmar dicekup sembunyi dalam semak

EMPAT PATI warganegara Myanmar (PATI) termasuk seorang kanak-kanak ditahan oleh PGA selepas bersembunyi di kawasan semak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Helah empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar termasuk seorang kanak-kanak bersembunyi di kawasan semak di Kampung Ketil, Pengkalan Kubor di sini gagal apabila dicekup pihak berkuasa semalam.

Empat PATI berusia lapan hingga 70 tahun itu yang dipercayai satu keluarga itu dicekup Pasukan Gerakan Am (PGA) pada pukul 7 malam menerusi rondaan rutin Op Taring Wawasan Kelantan.

Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai sebarang dokumen sah masuk ke negara ini.

Katanya, PATI itu disyaki masuk ke negara ini dari Thailand menggunakan jalan yang tidak diwartakan.

“Hasil soal siasat, PATI itu mengaku telah membayar RM3,000 setiap orang kepada ejen untuk masuk ke negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, kesemua PATI itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN