KKM buka permohanan jawatan tetap

KKM buka permohanan jawatan tetap buat Pegawai Pergigian, Farmasi lantikan kontrak tahun 2016, 2017

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membuka permohonan jawatan tetap kepada Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak bagi tahun 2016 dan 2017, mulai Isnin ini. 

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, pemohon boleh mengemukakan permohonan melalui  Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Sistem SPA9) mulai 30 Januari sehingga 12 Februari depan. 

“Proses ini susulan urusan pengambilan jawatan tetap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan tahun 2018 hingga 2020 yang telah dibuka menerusi Sistem SPA9 dari 6 Januari hingga 21 Januari. 

“Seramai 242 Pegawai Pergigian dan 321 Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 layak memohon jawatan tetap yang ditawarkan. 

“Pegawai lantikan kontrak yang berkenaan disarankan melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk berdaftar atau mengemas kini maklumat permohonan dalam sistem SPA9,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Sehubungan itu, Zaliha berkata, kementeriannya berharap Pegawai Pergigian dan Pegawai Farmasi lantikan kontrak tahun 2016 dan 2017 dapat membuat persediaan sewajarnya bagi urusan pengambilan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya