Kes baharu positif Covid-19 terus menurun

Kes baharu positif Covid-19 terus menurun

PETUGAS kesihatan melakukan ujian calitan mengesan Covid-19 di Xiamen, wilayah Fujian, timur China. - AFP  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 sepanjang minggu lalu terus mencatatkan penurunan kepada 17.3 peratus atau 2,088 kes berbanding minggu sebelumnya iaitu sebanyak 2,525 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan dan kes import Covid-19 masing-masing juga menurun iaitu sebanyak 17.1 peratus atau 2,071 kes berbanding 39.3 peratus (2,497 kes).

“Bilangan kes kematian pula merekodkan penurunan sebanyak 29.4 peratus daripada 34 kes kepada 24 kes dan kes sembuh berkurangan kepada 2,379 kes berbanding 3,288 kes.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ialah 10,042 turun sebanyak 7.9 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 10,901 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, bermula 25 Januari 2020 hingga 21 Januari lalu, sebanyak 5,034,521 kumulatif kes baharu Covid-19 dicatatkan, manakala kumulatif kes sembuh yang direkodkan ialah 4,987,642 kes.

Jelasnya, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,932 kes dan kumulatif kluster ialah 7,169 kluster dengan lima kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak 8.6 peratus.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua turut menurun sebanyak 28.6 peratus, manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak 28.6 peratus,” ujarnya.

Tambah Noor Hisham, bagi perkembangan melibatkan Influenza Like Illnes (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), sebanyak 17 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 2.1 peratus, manakala sebanyak 5.9 peratus SARI dikesan positif Covid-19 pada minggu sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya