Kerajaan berisiko jika pimpinan UMNO berubah

Kerajaan berisiko jika pimpinan UMNO berubah

KHAIRUL AZWAN HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli UMNO perlu meneruskan usaha bagi mengukuhkan parti itu di bawah kepemimpinan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pemangku Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun berkata, ini kerana jika berlaku perubahan pucuk pimpinan UMNO sedia ada, ia membawa risiko ketidakstabilan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

“Keputusan sebahagian besar majoriti perwakilan UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 baru-baru ini menyokong usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding adalah manifestasi kesedaran ahli-ahli UMNO terhadap keperluan mengekalkan pucuk pimpinan sedia ada, demi kestabilan politik negara.

“Ahli-ahli UMNO juga perlu memberi peluang sepenuhnya kepada Kerajaan Perpaduan untuk melaksanakan dasar-dasar baharu dan program-program pemulihan ekonomi demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, ahli-ahli UMNO perlu menerima hakikat yang parti itu berada dalam Kerajaan Perpaduan bagi menjamin survivalnya.

“Kedudukan UMNO ini datang dengan hikmah besar yang mana parti masih mampu meneruskan agenda membantu rakyat walaupun kehilangan banyak kerusi Parlimen dan DUN.

“Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disokong oleh parti-parti induk iaitu Barisan Nasional dan GPS, adalah sebuah legitimasi sistem demokrasi yang utuh dan
telus.

“Proses penubuhan Kerajaan Perpaduan ini telah melalui langkah-langkah yang dikawal-selia sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut lunas-lunas perlembagaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya