Keputusan kes saman A. Aida, Amelia 27 Januari - Utusan Malaysia

Keputusan kes saman A. Aida, Amelia 27 Januari

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 27 Januari ini bagi memutuskan kes saman pelanggaran kontrak melibatkan A. Aida Production Sdn. Bhd. dan pelakon Amelia Henderson.

Perkara itu dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Ashmadi Othman yang mewakili syarikat penerbitan itu selaku plaintif selepas sesi pengurusan kes.

Sementara itu, peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia selaku defendan turut mengesahkan perkara tersebut.

Pada 23 Disember 2022, Hakim Zulqarnain Hassan mengarahkan pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman itu memfailkan hujahan balas masing-masing selewat-lewatnya hari ini.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November 2022, seramai tiga saksi plaintif termasuk A. Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia hadir memberi keterangan.

Ketika perbicaraan sebelum ini, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu mahkamah bahawa A. Aida Production Sdn. Bhd. terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara itu, pelakon berkenaan menafikan melanggar kontrak yang ditawarkan untuk membintangi drama berjudul `Sekali Lagi Cinta Kembali.’

Ujar pelakon itu, pihak produksi berkenaan tidak mengikut perjanjian awal seperti mana yang telah ditetapkan.

Sebelum ini, media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A. Aida bersama sutradara drama `Sekali Lagi Cinta Kembali’, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara tersebut ke mahkamah sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.

Bagaimanapun saman melibatkan A. Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.