fbpx

Kemampuan Hodak kemudi KL City diyakini

Bojan Hodak
KENNY Pallraj  (kiri) bergambar dengan trofi Piala FA Emirates bersama rakan sepasukannya, Giancarlo Gallifuoco (kanan) dan Pengurus Kanan Jenama Persatuan Bolasepak England, Ryan Armstrong (tengah) dekat Central i-City, di Shah Alam, Selangor hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI

SHAH ALAM: Pemain tengah KL City, Kenny Pallraj yakin dengan kemampuan jurulatihnya, Bojan Hodak mengemudi pasukan tersebut untuk menempah kedudukan lebih baik dalam Liga Super Malaysia (MSL) pada musim ini berbanding musim lalu.

Menurutnya, Bojan pasti sudah membuat analisis kekuatan dan kelemahan pasukannya serta keperluan merekrut pemain baharu ke dalam KL City.

“Saya rasa jurulatih melihat bahagian serangan pasukan perlu dikuatkan berbanding bahagian lain setelah melihat kurangnya penyudah di bahagian hadapan pada musim lalu.

“Saya rasa Bojan berpuas hati dengan kualiti pertahanan pasukan yang dibuat bahagian pertahanan yang dianggotai saya, Giancarlo Gallifuoco dan Irfan Zakaria,” katanya ketika ditemui pada pameran trofi Piala FA Emirates, hari ini.

Menurutnya, kemasukan penyerang import baharu dari Brazil, Herlison Caion mampu menambah ‘sengat’ bahagian hadapan pasukan bagi memburu lebih banyak gol.

Kata Kenny, Caion yang menjaringkan lebih 20 gol untuk pasukan terdahulunya, Selangor FC lantas dapat membantu KL City mencetak lebih banyak gol pada musim ini.

“Banyak pemain baharu yang masuk dalam pasukan sekaligus memberikan persaingan sengit untuk setiap pemain mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

“Sasaran peribadi saya untuk KL City ini adalah untuk memperbaiki pencapaian pada musim lalu, yang mana pasukan menduduki tempat keenam untuk dua musim berturut-turut MSL,” kata pemain kelahiran Ipoh, Perak itu. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN