Tiga lelaki jadi ‘bookie’ judi bola sepak Euro 2024 ditahan

Tiga lelaki jadi ‘bookie’ judi bola sepak Euro 2024 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga lelaki selepas disyaki menjadi ‘bookie’ judi bola sepak Euro 2024 dalam dua serbuan  sekitar Cheras di Selasa  lalu.

Operasi Op Soga X bermula pukul 11.50 malam kelmarin dan berakhir pukul 1.20 pagi  dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Polis Kuala Lumpur bersama pasukan D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ravindar Singh Sarban Singh berkata, serbuan dilaksanakan di dua lokasi iaitu di Jalan Lima Chan Sow Lin dan Jalan Jejaka 7, di  Cheras.

Kata beliau, dalam serbuan di lokasi pertama, seorang lelaki warga asing berusia 34 tahun ditahan selain satu telefon bimbit miliknya dirampas.

“Dalam serbuan kedua, kita menahan dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun dan kita turut merampas dua telefon bimbit milik kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, siasatan awal polis mendapati ketiga-tiga suspek berperanan sebagai ‘bookie’ pertaruhan untuk perlawanan bola sepak Euro 2024 dan bergerak secara bersendirian.

“Mereka menggunakan aplikasi perjudian dalam talian dan membuka pertaruhan kepada mana-mana pihak yang berminat.

“Semakan terhadap telefon bimbit semua suspek menemui aplikasi pertaruhan bola sepak selain sejarah perbualan mengenai pertaruhan perlawanan,” jelasnya.

Selain itu, katanya beliau, ketiga-tiga suspek tersebut dipercayai bergerak sendirian sebagai ‘bookie’ bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa.

“Suspek warga asing kini direman empat hari bermula semalam sehingga 28 Jun ini, manakala dua lagi suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953,”ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN