KOTA KINABALU: Kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah yang beralih sokongan daripada Datuk Seri Hajiji Noor berubah di blok pembangkang.
Kedudukan ADUN Lamag, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dahulunya terletak bersebelahan Hajiji Noor dipindahkan kedudukan di blok pembangakng.
Kesemua 13 ADUN BN yang menarik sokongan daripada Hajiji tidak menghadiri persidangan khas DUN kali ini.
Turut dilihat tidak hadir adalah ADUN Parti Warisan (Warisan) dan ADUN Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM).
Persidangan khas DUN hari ini bagi membentangkan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Tenaga Sabah 2023 dan Rang Undang-Undang Bekala Gas 2023.
Perubahan kedudukan di DUN Sabah dilakukan selepas ADUN BN menarik sokongan daripada Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah pada Jumaat lalu.
Walau bagaimanapun semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan ADUN Sabah berdamai dengan membentuk Kerajaan Perpaduan yang membabitkan semua parti politik di Sabah. –UTUSAN