Kedah harap kemalangan maut sempena perayaan berkurang

Kedah harap kemalangan maut sempena perayaan berkurang

AZMAN Nasrudin memakaikan topi keledar baharu kepada penunggang motosikal pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kedah di Dataran Zero, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kerajaan negeri mensasarkan penurunan kadar kemalangan maut di bawah 40 peratus berbanding tahun lalu sempena Op Bersepadu Tahun Baharu Cina yang bermula sejak semalam hingga 27 Januari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan negeri, Datuk Azman Nasrudin berkata, bilangan kenderaan memasuki negeri ini dijangka tinggi menjelang cuti perayaan tersebut pada hujung minggu ini.

Justeru katanya, langkah penguatkuasaan keselamatan jalan raya oleh polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu dijalankan sebaik mungkin bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya dan kematian akibat kemalangan.

Jelasnya, tumpuan akan diberikan di kawasan-kawasan ‘black spot’ iaitu di daerah Kuala Muda, Kota Setar, Kulim dan Kubang Pasu supaya kadar kemalangan jalan raya dapat diturunkan dan lalu lintas lancar.

“Kita tiada angka sasaran jumlah kenderaan yang akan keluar masuk ke negeri ini, namun kita yakin akan berlaku pertambahan kenderaan masuk yang tinggi berbanding dua tahun lalu susulan tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diadakan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Op Bersepadu Sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Kedah di Dataran Zero, di sini, hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan sumber daripada polis, jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini pada setiap musim perayaan atau cuti panjang telah meningkat dari 18,508 kes pada tahun 2021 kepada 25, 515 kes tahun lalu.

Katanya, jumlah kemalangan maut pula mencatatkan 489 kes pada 2022 berbanding 410 kes pada tahun 2021.

“Jumlah kematian juga menunjukkan peningkatan iaitu sebanyak 518 kematian pada tahun lalu berbanding 433 kematian pada tahun 2021 dan 60 peratus daripada jumlah tersebut merupakan penunggang motosikal,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya