KDNKA tahan 88 individu, pelbagai barangan RM64.7j dirampas 

KDNKA tahan 88 individu, pelbagai barangan bernilai RM64.7 juta dirampas 

NOORSIAH MOHD. SAADUDDIN

PETALING JAYA: Sebanyak RM64.7 juta pelbagai barangan berjaya dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam 35 serbuan dalam tempoh 20 hari, tahun ini. 

Dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melalui Biro Jenayah Hidupan Liar (WCB) dan Pasukan Siasatan Khas (PSK) itu, seramai 88 orang turut ditahan. 

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, tangkapan melibatkan 73 warga tempatan dan 15 warga asing.

Katanya, dalam operasi itu, sebanyak RM42.8 juta rampasan di bawah kesalahan Akta Kastam 1967 manakala RM10.7 juta melibatkan Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Operasi dijalankan di bawah peruntukan RM7.7 Akta Bahan Letupan 1957 (RM7.7 juta), Seksyen 170 Kanun Keseksaan (RM5.2 juta) dan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (RM1.2 juta).

“PDRM melalui KDNKA akan terus memacu langkah ke hadapan dengan melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasaan yang lain dalam memerangi jenayah kontraban dan pelbagai lagi kesalahan.

“Kerjasama orang ramai amat digalakkan bagi menyalurkan maklumat kepada PDRM untuk diambil tindakan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN