Kawalan ketat di Kedutaan Sweden

Kawalan ketat di Kedutaan Sweden

KEDUTAAN Sweden dikawal ketat oleh anggota polis susulan demonstrasi solidariti petang ini. - FOTO/SIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kedutaan Sweden dikawal ketat oleh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) demonstrasi solidariti yang akan dianjurkan Pemuda Pas petang ini.

Demonstrasi tersebut diadakan sebagai membantah tindakan biadab ahli politik sayap kanan dari Denmark, Rasmus Paludan yang membakar kitab suci al-Quran di khalayak ramai dekat Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Bantahan ini turut disertai beberapa pemimpin Pas, Bersatu dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Untuk rekod, polis masih tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebarang bentuk perhimpunan yang ingin diadakan di tempat awam perlu menghantar notis pemakluman seperti termaktub dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya