Jual dadah dalam cecair vape, 2 ditahan polis

Jual dadah dalam cecair vape, dua pemuda ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lagi kegiatan sindiket penjualan cecair vape bercampur dadah dibongkarkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Dalam operasi di sekitar Lembah Klang pada Khamis lalu, JSJN Bukit Aman menyerbu beberapa lokasi di Setapak, Kuala Lumpur dan Puchong, Selangor.

JSJN menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, serbuan pertama menahan dua lelaki tempatan berusia 24 tahun dan 35 tahun yang dipercayai terlibat dengan aktiviti memproses serta mengedar dadah dalam bentuk cecair vape.

“Hasil pemeriksaan ke atas motosikal yang digunakan suspek, polis merampas 35 botol cecair vape dengan anggaran isi padu 350 mililiter bernilai kira-kira RM5,250. 

“Serbuan kedua di sebuah kediaman di Puchong kemudian merampas kotak dan botol-botol kosong yang dipercayai digunakan untuk membungkus cecair vape,” kata hantaran itu.

Kenyataan itu memaklumkan, kegiatan terbabit dipercayai mula aktif sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, modus operandi sindiket adalah mencampurkan cecair dadah ke dalam perisa vape sebelum menggunakan perkhidmatan kurier bagi mengedar dadah terbabit di sekitar Lembah Klang.

“Polis percaya menumpaskan sindiket pemprosesan dan pengedaran dadah dalam bentuk cecair vape yang bergiat aktif di Lembah Klang,” ujarnya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum dengan penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya