Itu persembahan terakhir bersama OAG - Qi Razali - Utusan Malaysia

Itu persembahan terakhir bersama OAG – Qi Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon yang juga pemain dram OAG, Qi Razali mengejutkan peminat apabila mengesahkan dirinya tidak lagi bersama kumpulan yang baru sahaja mengadakan konsert pada 25 Disember lalu.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Qi berkata, konsert tersebut adalah persembahan terakhirnya dengan OAG dan keputusan itu adalah muktamad.

“Saya sudah berfikir secara masak, itu adalah persembahan terakhir saya untuk OAG,” ciapnya ringkas.

Qi dalam ciapan lain berkata, kekuatan OAG tidak terletak pada dirinya dan meminta agar peminat memberikan sokongan kepada kerjaya seninya, walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

“Pilihan jalan hidup yang mendorong aku buat keputusan ini. Band itu tetap akan terus wujud, jangan risau.

“Kekuatan band itu bukan pada drummer. Jadi, boleh sahaja ganti. Pilihan ini adalah untuk kebaikkan diri. Kalau sokong kerjaya aku, sokonglah langkah aku kali ini,” katanya.

Anak seni berusia 45 tahun itu, sebelum ini mengeluarkan kenyataan seolah-olah memberi bayangan bakal membuat keputusan besar kerana tidak mahu terus dipijak oleh mana-mana individu.

“Jangan tanya kenapa aku buat keputusan ini. Aku ada hak. Ini hidup aku dan aku pilih jalan hidup aku.

“Adakah sebab aku ini terlalu lembut sampai orang pijak aku? Tahun ini (2023) tiada lagi okey? Kalau aku sombong atau nampak macam aku pentingkan diri sendiri, ya, aku pentingkan diri aku tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya