Isytihar aset sandiwara masa lalu - Anwar

Isytihar aset sandiwara politik masa lalu – Anwar

ANWAR Ibrahim dalam sidang akhbar selepas Majlis Dialog Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Gesaan mana-mana pihak berhubung pengisytiharan aset oleh pemimpin-pemimpin politik termasuk yang kini menjadi menteri disifatkan hanya satu sandiwara politik pada masa lalu kerana ia tidak mencerminkan jumlah sebenar kekayaan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya mempersoalkan tindakan sesetengah pihak mengungkitkan isu tersebut sebagai isu utama, sedangkan beliau percaya setiap individu tidak jujur mengisytiharkan jumlah aset sebenar yang dimiliki.

Justeru, beliau mahu berbincang dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menetapkan parameter jelas berhubung aspek pengisytiharan harta agar lebih telus.

“Saya kecewa dengan keadaan kritikal ini. Sekarang melihat angka dalam fail (kewangan), ia mengejutkan saya. Kebanyakan orang tidak memberitahu kebenaran. Ia membuat ejekan.

“Anda berpuas hati, rakyat berpuas hati, masyarakat awam berpuas hati tetapi ia tidak menggambarkan kekayaan sebenar. Marilah kita tukar ke proses sebenar supaya apa sahaja yang mereka buat adalah telus dan bukannya gimik politik,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini.

Beliau ditanya adakah barisan jemaah menteri sudah mengisytiharkan aset mereka dan bila ia akan didedahkan kepada umum sebagai langkah ketelusan pimpinan kerajaan Anwar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.