Isu lembu berkeliaran: MPSepang panggil pengusaha ternakan

Isu lembu berkeliaran: MPSepang panggil pengusaha ternakan

ABD HAMID HUSSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan memangggil pengusaha ternakan lembu dan kerbau di daerah ini susulan rungutan penduduk mengenai kehadiran ternakan itu di atas jalan raya sejak akhir-akhir ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abd Hamid Hussain berkata, pihaknya akan memanggil mereka untuk berbincang mengenai langkah dan kawalan supaya ternakan masing-masing tidak mengganggu pengguna jalan raya khususnya di Dengkil dan Cyberjaya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memanggil pihak Jabatan Perkhidmatan Veteriner (JPV) dan Pejabat Daerah Tanah Sepang bagi tujuan sama.

“Saya difahamkan sebanyak 80 kandang lembu dan kerbau beroperasi di sekitar daerah ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Angkat Sumpah Menerima Jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Ahli Majlis, MPSepang bagi penggal 2023, hari ini.

Katanya, isu lembu dan kerbau yang berkeliaran tanpa tuan bukan isu baharu di daerah ini, malah ia pernah dibangkitkan penduduk sebelum ini.

Abd Hamid berkata, sepanjang tahun lalu, tiga ekor lembu disita selepas didapati berkeliaran, malah pemiliknya sudah dikenakan kompaun.

Menurutnya, pihaknya ingin menjelaskan bahawa MPSepang dan JPV hanya akan mengambil tindakan sekiranya ternakan itu dikesan memasuki kawasan taman perumahan dan bandar.

“Bagaimanapun, jika ia didapati berkeliaran di kawasan kampung, ia di bawah bidang kuasa pejabat tanah daerah dan JPV,” katanya.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan keluhan penduduk sekitar Dengkil susulan kehadiran lembu dan kerbau tanpa tuan khususnya di atas jalan raya yang dilihat boleh mencetuskan kemalangan.

Lebih teruk, ternakan itu dibiarkan berkeliaran di atas jalan raya pada waktu malam sehingga menyebabkan kemalangan.

Penduduk mendakwa, lembu berkenaan dibiar tanpa pengawasan dan bebas bergerak di kawasan Dengkil, Kampung Ahmad Razali dan Jenderam, Dengkil.

Pada Jumaat lalu, kereta seorang penduduk rosak teruk selepas merempuh tiga ekor lembu yang berada di jalan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya