Isteri, ahli keluarga mangsa tembak dipanggil polis - Utusan Malaysia

Isteri, ahli keluarga mangsa tembak dipanggil polis

mangsa tembak
CHA Hoong Fong (dua, kanan) mengibarkan bendera sebagai simbolik pelancaran Op Selamat Tahun Baru Cina dekat Bandar Botanik, di Klang, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Isteri serta dua ahli keluarga mangsa dipanggil polis untuk membantu siasatan terhadap kes tembak di Jalan Limau Kasturi, Taman Wangi di sini, pada 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua mereka dipanggil untuk diambil keterangan.

“Kami merakam percakapan mereka dan sedang menyiasat kes itu daripada pelbagai aspek. Sekiranya ada perkembangan baru berhubung kes ini, kami akan maklumkan kemudian,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Operasi (Op) Selamat sempena Tahun Baru Cina di Bandar Botanik, hari ini. 

Beliau menambah, pasukan polis kini sedang giat memburu suspek terbabit.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki nyaris maut apabila terkena salah satu daripada tiga das tembakan dilepaskan oleh seorang penunggang motosikal tidak dikenali.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 pagi itu, suspek dipercayai seorang lelaki warga tempatan melepaskan tembakan ke arah mangsa berusia 46 tahun sambil menunggang motosikal berwarna gelap dan memakai topi keledar bervisor gelap.

Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang termasuk dua objek logam disyaki kelongsong peluru. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya