Inspektor rogol remaja hadapi empat pertuduhan - Utusan Malaysia

Inspektor rogol remaja hadapi empat pertuduhan

MAHKAMAH Sesyen menawarkan tertuduh membayar wang jaminan berjumlah RM25,000 bagi keempat-empat pertuduhan seksual yang dihadapi termasuk merogol di Sungai Petani. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini terhadap empat pertuduhan seksual termasuk merogol seorang remaja bawah umur dalam kejadian minggu lalu.

Tertuduh, Mohd. Maliki Azmi, 35, yang berpangkat inspektor membuat pengakuan itu selepas empat pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang sudah berkahwin didakwa menggunakan kedudukan berkuasanya untuk merogol remaja perempuan yang kini berusia 17 tahun dan bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 376 (2)(f) Kanun Keseksaan.

Mohd. Maliki yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, dekat sini turut didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa sama mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(c) akta sama kerana melakukan amang seksual dengan memasukkan alat ke dalam kemaluan mangsa.

Tertuduh juga didakwa melakukan amang seksual bukan fizikal dengan membuatkan mangsa menunjukkan badannya bagi maksud seksual dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) akta berkenaan.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan dalam Bilik Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Yan pada 28 Disember lalu.

Tertuduh berdepan hukuman 20 tahun bagi setiap pertuduhan dan sebatan serta tambahan penjara lima tahun dan tidak kurang dua sebatan mengikut hukuman Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.

Hizween Azleena dibantu Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal turut meminta dikenakan syarat tambahan iaitu tertuduh tidak menggangu saksi dan mangsa, melapor di balai polis terdekat setiap sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mohd. Maliki yang tidak diwakili peguam merayu agar dikenakan jaminan paling rendah kerana dia kini tiada punca pendapatan selain isteri tidak bekerja dan perlu menyara keluarga serta menanggung bebanan hutang yang tinggi. 

Roslan kemudian menetapkan jaminan RM25,000 bagi keempat-empat pertuduhan dan mengenakan syarat tambahan tersebut serta menetapkan tarikh 6 Februari ini untuk sebutan semula dan tertuduh dilaporkan membayar wang jaminan tersebut sebelum dibebaskan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya