Hutang negara cecah RM1.5 trilion - PM

Hutang negara cecah RM1.5 trilion – PM

katanya ketika berucap ketika berucap dalan majlis dialog Belanjawan 2023 Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kadar hutang negara didedahkan sudah mencecah hampir RM1.5 trilion termasuk liabiliti sedia ada yang perlu ditanggung kerajaan walaupun jumlah itu dipertikaikan pelbagai pihak yang disifatkan berubah-ubah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan ekonomi yang beliau mahu tekankan ialah bersandarkan kepada angka dan fakta dengan mengutamakan satu mandat perubahan tanpa lagi mengekalkan sistem pentadbiran lama yang memerlukan transformasi.

Beliau berkata, kerajaan tidak boleh lagi ‘membuaikan’ minda rakyat dengan perkara tidak realistik tanpa melihat kenyataan sebenar dan pimpinan kerajaan harus keluar dari budaya selesa.

“Usaha wakil-wakil kementerian harus terima kenyaraan ini bahawa tidak boleh lagi ‘business as usual’, tak boleh lagi kekal budaya selesa, seolah-olah semuanya okey dan mendakwa ‘kamilah hebat’, ‘catat kejayaan tinggi’, projek semua baik.

“Itu kenyataan hambar bertentangan dengan data, sebab itu kita mulakan dengan memberikan angka sebenar. Ada cara pendekatan yang berbeza, kita tak boleh tangani ekonomi 2023 kalau ada budaya selesa yang tidak mampu memacu pertumbuhan ekonomi diharapkan,” katanya ketika berucap ketika berucap dalan majlis dialog Belanjawan 2023 di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya