Hamzah perlu buktikan tidak beri wang - Isham Jalil

Hamzah perlu buktikan tidak beri wang – Isham Jalil

HAMZAH ZAINUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin perlu mengemukakan ‘bukti kukuh’ tidak memberi wang ringgit kepada pengundi seperti  yang didakwanya.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, Hamzah telahpun membuat dakwaan itu sebelum beliau sendiri mengeluarkan kenyataan mengaitkan PN dengan politik wang bagi membeli undi semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Sehari sebelum saya mengutarakan saranan di atas, Hamzah yang membuat kenyataan media kononnya dia ada bukti kukuh yang PN tidak beri rasuah kepada pengundi walaupun banyak video tular dan laporan polis telah dibuat menunjukkan sebaliknya.

“Oleh itu, jika dia sudah ada bukti kukuh seperti yang dinyatakannya, maka tunjukkanlah kepada rakyat dan tidak perlulah rakyat tertunggu-tunggu untuk menutup isu ini atau SPRM bersusah-susah dan berhabis sumber untuk mencari bukti sebaliknya,” ujar beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penulis blog, Raja Petra Raja Kamarudin telah membuat video mempertahankan “sedekah” PN dan menyatakan  sepatutnya orang yang menuduhlah menunjukkan bukti, bukan orang yang dituduh. 

“Saya faham undang-undang, perkara ini dalam kebanyakan kes adalah betul. Namun ia tidak setiap masa betul,” katanya.

Tambah Isham, menjadi tanggungjawab individu yang dituduh untuk menunjukkan bukti bahawa dia tidak bersalah.

“Dalam undang-undang jenayah, jika seseorang yang dituduh itu tidak bersalah dan ada alibi, maka dia sepatutnya menyatakan alibinya untuk membuktikan dia tidak bersalah supaya pendakwa boleh mengecualikannya daripada dituduh.

“Jika orang yang dituduh itu kata dia ada alibi namun tidak berupaya menunjukkan alibinya, maka kemungkinan besarnya dia berbohong,” ujarnya.

Selain itu, Isham turut menegaskan, beliau tidak mahu mengamalkan politik kotor dan fitnah kerana hal tersebut menjadikan landskap politik negara menjadi toksik.

 “Ini bukan stail dan cara saya berpolitik, saya selalu berkata saya tidak mahu bawa politik kotor atau serangan peribadi. Saya pernah berkata di Malaysia ini politik telah menjadi terlalu negatif dan kita perlu bersihkannya dengan positiviti. 

Usah lawan fitnah dengan fitnah, tetapi kita lawan fitnah dengan fakta,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.