KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengesahkan telah memperoleh surat akuan bersumpah (SD) daripada 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah sebentar tadi. Pengumuman itu sekali gus menepis dakwaan kerajaan negeri Sabah akan tumbang susulan sebahagian ADUN UMNO-Barisan Nasional (BN) menarik sokongan daripada Hajiji. Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, surat akuan bersumpah itu telah dihantar kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana…










