Gesa SPRM beri status terkini siasatan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

Gesa SPRM beri status terkini siasatan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong

ABDUL Razak Ismail (kiri) menunjukkan pelan kawasan kuari ketika membuat laporan SPRM mengenai kuari Bukit Lengong di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Hijau Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan status perkembangan terkini berhubung siasatan terhadap kewujudan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak, dekat sini.

Setiausaha Penaja Parti Hijau Malaysia, Abdul Razak Ismail berkata, gesaan itu dibuat susulan aduan rasmi yang difailkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Otai Reformis pada 7 Oktober tahun lalu di SPRM Selangor bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Saya dimaklumkan bahawa kes ini telah dipindahkan ke Ibu Pejabat SPRM baru-baru ini dan kami ingin dapatkan update terkini siasatan SPRM. Ini kerana kita percaya ada berlakunya salah guna kuasa, ketidakpatuhan tata kelola dan kecuaian oleh kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dalam kelulusan pelantikan 24 buah syarikat swasta dan tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk pembukaan kuari berkeluasaan 2,100 ekar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar permohonan bagi mendapatkan status perkembangan terkini siasatan SPRM berkaitan aduan Hutan Simpan Bukit Lagong di pekarangan Ibu Pejabat SPRM. di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Razak memohon kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya melihat isu berkenaan.

“Ini baru lapan kuari, bayangkan kalau 27 kuari di buat di atas tanah seluas 2,100 ekar, bila dah habis ‘isi perut’ keluar, mereka akan buka lagi kuari baharu. Dalam masa 10 tahun akan datang, apa yang akan terjadi kepada kawasan tersebut?

“Hutan Simpan Bukit Lagong ini banyak flora dan fauna serta habitat kepada banyak haiwan, buat kuari ini untungkan tauke kuari, kerajaan mungkin dapat sedikit cukai daripada produk ini tetapi bagaimana impaknya kepada kita dan alam sekitar? Kita asyik bercakap mengenai pemanasan global dan perubahan iklim tetapi kita tak lihat apa yang sebenarnya berlaku ‘on the ground’,” ujarnya.

Pada 7 Oktober lalu, Otai Reformis meminta SPRM menyiasat kewujudan kartel kuari Hutan Simpan Bukit Lagong yang didakwa terdapat unsur mengaut keuntungan atas angin melibatkan empat syarikat yang diberikan kerja-kerja di lokasi yang difahamkan dengan hanya mempunyai modal serendah RM2.

Abdul Razak berkata, berdasarkan semakan pihaknya mendapati kawasan kuari itu telah ‘dianugerahkan’ kepada 27 syarikat termasuk dari Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) dan Koperasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Berhad. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya