Geran khas tahunan kepada Sarawak, Sabah dinaikkan

Geran khas tahunan kepada Sarawak, Sabah dinaikkan

ANWAR Ibrahim (tengah) diapit oleh (dari kiri) Hajiji Noor, Abang Johari, Fadillah Yusof dan Armizan Mohd Ali dalam sidang akhbar mesyuarat jawatankuasa tindakan pelaksanaan MA63 peringkat tinggi di Kuching hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Kerajaan pusat bersetuju menaikkan geran khas tahunan yang akan diberikan kepada Sarawak, daripada RM16 juta kepada RM300 juta.

 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya telah mencapai persetujuan bahawa peruntukan di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan, akan diagihkan berdasarkan formula yang dicadangkan oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Pada peringkat awal, katanya, Kerajaan Persekutuan akan meningkatkan pemberian kepada RM300 juta untuk Sarawak dan RM260 juta untuk Sabah.

“Formula itu munasabah dan perlu kerana status Sarawak dan Sabah, berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963, semasa menubuhkan Persekutuan Malaysia.

“Ini bukan perjanjian antara kedua-dua wilayah dan saya tetapi itulah yang termaktub dalam MA63,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tindakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) peringkat tinggi di Kompleks Dewan Undangan negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Antara yang hadir pada pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Abang Johari : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Hal Ehwal Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

Berdasarkan formula itu, Anwar berkata, kerajaan persekutuan tidak seharusnya menetapkan jumlah yang ditetapkan tetapi berdasarkan formula yang dipersetujui dan prestasi kewangan negara.

“Jika negara berada dalam keadaan baik, peruntukan itu boleh melebihi jumlah itu (RM300 juta).  Tetapi, apabila ekonomi lembap seperti sekarang, kami tidak mampu untuk memberi lebih,” jelasnya.

Sementara itu, Abang Johari melahirkan rasa terima kasih kepada perdana menteri kerana menyelesaikan beberapa perkara tertunggak dalam MA63 dan memenuhi tuntutan Sarawak.

 “Ini (mesyuarat) bukan tentang perbincangan (sekali lagi), ia tentang pelaksanaan,” katanya.

 Hajiji juga berkata beliau yakin lebih banyak isu boleh diselesaikan di bawah kepimpinan Anwar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya