Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri

Gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang gadis berusia 13 tahun ditemukan terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di kawasan Puchong Utama, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.21 malam itu, satu panggilan telefon dari orang awam memaklumkan penemuan remaja berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, sebelum kejadian remaja berkenaan dikatakan dimarahi ibunya kerana mempunyai telefon bimbit tanpa kebenaran dan sering keluar malam. 

Kata beliau, hasil siasatan pihaknya menemukan beberapa nota tulisan tangan dipercayai milik mangsa yang menunjukan beliau ingin membunuh diri akibat tertekan dengan layanan keluarga terhadapnya.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa terjatuh dari tingkap dapur rumah dan  meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa yang merupakan pelajar tingkatan satu adalah anak sulung daripada tiga beradik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut dijalankan dan diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

“Bedah siasat dijangka dijalankan oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Serdang hari ini setelah lawatan dan pemeriksaan tempat kejadian oleh patologi forensik. 

“Orang ramai yang melihat kejadian boleh tampil salurkan maklumat melalui pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100. Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya