Felcra perlu rancang transformasi 3.0 - Utusan Malaysia

Felcra perlu rancang transformasi 3.0

AHMAD Zahid Hamidi ketika menghadiri sesi taklimat pembangunan Felcra di Wisma Felcra, Kuala Lumpur. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggesa Felcra Berhad (Felcra) merangka Transformasi 3.0 berikutan kejayaan siri terdahulu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ini bagi memastikan Felcra bukan hanya sebagai sebuah badan korporat yang terus membina keuntungan untuk peserta melalui pertanggungjawaban sosial dan komersial.

Jelas beliau, Felcra sebaliknya perlu menjadi sebuah badan korporat yang didukung oleh 100,000 peserta menjadi konglomerat yang membantu kerajaan dan rakyat dari segi sekuriti makanan.

“Antara elemen utama perlu ada dalam Transformasi 3.0 adalah pertanggungjawaban sosial, maknanya untuk mempertingkat taraf kehidupan para peserta dan juga memberi input kepada nilai tambah dari segi pengkomersialan terhadap aktiviti itu.

“Transformasi memberikan tumpuan kepada bidang-bidang untuk mempertambah lagi produktiviti,” kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri sesi taklimat pembangunan Felcra di Wisma Felcra di sini hari ini.

Sebelum ini jelasnya, melalui Tranformasi 2.0 yang dilakukan oleh Felcra, syarikat korporat itu tertumpu kepada aktiviti komersial iaitu ke arah pengembangan bisnes dan budaya kerja berwibawa dengan mengangkat empat inisiatif yang selaras dengan moving forward Felcra Berhad.

Empat inisiatif tersebut adalah inisiatif sosial, inisiatif komersial berkaitan teras, komersial sekuriti makanan dan inisiatif modal insan.

Felcra juga berkata, atas lonjakan kejayaan agenda transformasi Felcra, ia juga akan disokong oleh kerajaan melalui suntikan dana pembangunan yang telah diluluskan dalam Bajet Mini 2023 dalam bentuk geran dengan 19 program demi kesejahteraan peserta Felcra.

“Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) juga prihatin terhadap program jangka pendek bagi membantu mengurangi serta mengimbangi tanggungan kos sara hidup peserta dan masyarakat,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya