Elaun JPKK, JPKKP diselaras - Ahmad Zahid

Elaun JPKK, JPKKP diselaras – Ahmad Zahid

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan antara Menteri KKDW dan Exco Exco Luar Bandar di KKDW di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan menyelaras elaun bulanan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) antara negeri-negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarasan itu dibuat sesuai dengan peredaran masa dan beban tugas JPKK dan JPKKP.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, ketika ini, elaun bagi jawatan itu berbeza mengikut negeri di mana Selangor menerima elaun tertinggi iaitu RM1,500 diikuti Johor RM1,200.

“Kami memang mahu menaikkan elaun mereka, tetapi kena juga memahami situasi dan kedudukan ekonomi negara.

“Bagaimanapun, ia (kenaikan elaun) akan diberi pertimbangan sewajarnya termasuk berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Bersama Exco Luar Bandar Negeri di sini, hari ini.

Katanya, setakat ini, jumlah keseluruhan JPKK dan JPKKP di seluruh negara adalah seramai 15,434 orang.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat bagi edisi ke-55 itu banyak memberi tumpuan bagi memperkasa agenda pembangunan luar bandar termasuk melaksanakan projek pembangunan infra luar bandar.

Menurutnya, mesyuarat sama turut membincangkan usaha untuk memperkasa Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang ditawarkan institusi pendidikan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

“Kami di KKDW juga berhasrat untuk mengadakan mesyuarat berjadual bersama exco-exco luar bandar sebanyak tiga kali setahun,” katanya.

Katanya, mesyuarat sama turut memberi tumpuan untuk memperkasa pembangunan infra serta kemudahan asas di Sabah dan Sarawak sebagai satu usaha terjemahan tangungjawab Kerajaan Perpaduan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.