Elak terpedaya Skim Bonus Hadiah Keluarga TM

Elak terpedaya Skim Bonus Hadiah Keluarga TM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA:  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan ada mengeluarkan emel atau mesej kepada orang awam untuk menuntut hadiah wang tunai di bawah skim bonus sebuah syarikat telekomunikasi.

SKMM menerusi kenyataan akhbar hari ini berkata, emel itu mengkehendaki mangsa menyelesaikan transaksi di Maybank sebelum dapat menuntut hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 di bawah Bonus Hadiah Keluarga TM.

Menurutnya, kandungan e-mel tersebut juga menjelaskan, transaksi dengan Maybank adalah sah dan mereka boleh menuntut wang tunai itu tanpa rasa takut.

“Justeru, orang ramai adalah diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan e-mel atau mesej yang tidak ditentukan kesahihannya.

“Elak daripada memberikan butiran peribadi seperti kad dan nombor kad pengenalan kepada individu yang tidak dikenali,” katanya.

Katanya, orang awam juga perlu berwaspada dan melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan, kecurian maklumat peribadi serta bentuk jenayah yang lain.

Dalam pada itu, SKMM menggesa orang awam untuk tidak mudah terpedaya dengan e-mel sedemikian.

Pada masa sama, segera laporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) untuk perhatian dan tindakan susulan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya