Dua pengawal keselamatan berdepan hukuman mati - Utusan Malaysia

Dua pengawal keselamatan berdepan hukuman mati

Dua hukuman mati
ISHARDY Shamudin (kiri) dan Muhammad Yazzid Mohd. Yusoff dituduh menyebabkan kematian seorang pengedar dadah, di Mahkamah Majistret Telok Datok di Kuala Langat, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Dua lelaki berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini atas pertuduhan menyebabkan seorang pengedar dadah maut dalam kejadian gaduh di Banting pada 11 Januari lalu.

Tiada pengakuan direkodkan, bagaimanapun tertuduh, Ishardy Shamudin dan Muhammad Yazzid Mohd. Yusof mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua orang kena tuduh (OKT) itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan didakwa secara bersama memukul M. Saravana Kumar di tepi Jalan Haji Wahab, Kampung Olak Lempit, Banting, antara pukul 10 hingga 11 malam. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 dan di baca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ermadieyani Ismadi kemudian memohon untuk mendapatkan laporan daripada Jabatan Kimia dan bedah siasat sebelum majistret menetapkan 27 Februari untuk pengurusan kes.

Ishardy, 41 dan Muhammad Yazzid, 31, masing-masing diwakili peguam Nik Muammer Hurrie Muhamad Sukri dan R. Sritheran.

Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan mangsa yang merupakan seorang kelindan lori maut selepas lima hari bertarung nyawa ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 16 Januari.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki dalam operasi berasingan pada 13 dan 16 Januari, sementara seorang lagi tampil menyerah diri pada 19 Januari, kesemua suspek direman selama enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh, kematian lelaki berusia 24 tahun itu dimaklumkan pihak hospital berkenaan diakibatkan oleh hentakan objek tumpul pada bahagian kepala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya