Dewan Negara kemuka memorandum khas kaji semula cadangan bubar GIACC

Dewan Negara kemuka memorandum khas kaji semula cadangan bubar GIACC

RAIS Yatim mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah di Parlimen.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah akan mengemukakan memorandum khas kepada Perdana Menteri supaya mengkaji semula cadangan pembubaran Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC).

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr. Rais Yatim berkata, jawatankuasa khas mendapati GIACC melaksanakan lebih 80 peratus syor-syor transformasi institusi sejak 2018, termasuk pengasingan Peguam Negara daripada Pendakwa Raya, pengawasan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan lain-lain.

“Setidak-tidaknya, GIACC bersama Institut Integriti Malaysia boleh diadunkan khidmat perancangan antirasuah bagi mencapai matlamat bebas rasuah negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusi mesyuarat jawatankuasa berkenaan hari ini.

Selain itu, katanya, jawatankuasa juga akan meneliti pindaan terhadap Akta Kesatuan Sekerja (1959) Pindaan 2022 yang diluluskan di Dewan Rakyat pada 5 Oktober 2022.

Katanya, jawatankuasa telah meneliti hujah-hujah berkaitan Pertubuhan Perburuhan Antarabangsa, tetapi pada masa sama nilai-nilai dan amalan yang bersifat peneguhan negara serta tenaga harus dipertimbang.

“Cadangan pindaan akta ini pada keseluruhannya menepati objektif transformasi perburuhan dan kesatuan sekerja di negara ini.

“Oleh itu, satu usul khas akan dibawa dalam mesyuarat Dewan Rakyat pada Mac ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya