Dua pegawai penguatkuasa antara tiga ditahan rasuah RM500,000 

Dua pegawai penguatkuasa antara tiga ditahan rasuah RM500,000 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga anggota penguatkuasa termasuk dua pegawai di  Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM500,000.

Ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 40 dan 50-an, dipercayai meminta rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas lori-lori milik syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Menurut sumber, ketiga-tiga  suspek telah ditahan antara pukul 4 dan 5 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2022 hingga 2024, dan telah menerima wang rasuah melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi masing-masing.

“Ketiga-tiga suspek terdiri daripada dua pegawai dan seorang anggota penguat kuasa turut dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan bernilai kira-kira RM500 hingga RM30,000 seorang daripada beberapa buah syarikat kenderaan berat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Yuhafiz Mohd Salleh ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, perintah reman selama tujuh hari sehingga 22 April ini  terhadap kesemua suspek telah dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Tawau, Sabah pagi ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN