DBKL tutup 9 premis warga asing sekitar Bukit Bintang

DBKL tutup 9 premis warga asing sekitar Bukit Bintang

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan penutupan serta merta terhadap sembilan buah premis yang dikendalikan warga asing sekitar Bukit Bintang, lewat petang semalam. 

Menurut DBKL, tindakan itu diambil selepas pihaknya melaksanakan serbuan ke atas 10 buah premis perniagaan barangan am melibatkan pakaian, tekstil, beg, aksesori telefon, restoran yang dikendalikan warga Bangladesh.

Katanya, serbuan itu dilaksanakan menerusi operasi Tindakan Khas Terhadap Premis Yang Dikendalikan Warga Asing selepas pasukan penguat kuasa DBKL membuat risikan khas sejak seminggu lalu. 

“DBKL telah membuat tindakan penutupan serta merta terhadap sembilan buah premis menerusi Sek.101(1)(v), Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan turut mengeluarkan  10 notis kompaun terhadap premis-premis berkenaan menerusi Undang-Undang Tred Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 (enam notis Tiada Lesen Perniagaan, tiga notis Lantik Pembantu Tiada Kebenaran ) dan satu notis kompaun dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 ( Langgar Syarat Lesen ). 

“DBKL akan meneruskan pemantauan dan risikan berterusan di semua lokasi tumpuan melibatkan aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.  –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN