Covid-19: Kes baharu mingguan terus menurun

Covid-19: Kes baharu mingguan terus menurun

SUSULAN kebimbangan berhubung penularan Covid-19, kerajaan akan melakukan saringan di pintu-pintu masuk negara kepada semua pelancong dari semua negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,231 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Minggu Epidemiologi 1 (ME 1/2023) dari 1 hingga 7 Januari iaitu penurunan sebanyak 14.2 peratus berbanding 3,767 kes yang dicatatkan minggu sebelumnya (ME 52).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan Covid-19 menurun sebanyak 14 peratus iaitu 3,213 kes berbanding 3,735 kes, manakala bilangan kes import pada ME 1 menurun sebanyak 43.8 peratus dengan merekodkan 18 kes berbanding 32 kes.

“Bilangan kes kematian pada ME 1/2023 menurun sebanyak 4.5 peratus daripada 22 kes kepada 21  kes dan bilangan kes sembuh berkurangan kepada 3,781 kes berbanding 5,869 kes pada ME 52.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 1 ialah 11,278 iaitu turun sebanyak 10.8 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, bermula dari 25 Januari 2020 iaitu ME 4/2020 hingga 7 Januari 2023 (ME 1/2023) secara kumulatif sebanyak 5,029,908 kes baharu Covid-19 dicatatkan, manakala kes sembuh yang direkodkan ialah 4,981,975.

Jelas beliau, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,874 kes dan kumulatif kluster ialah 7,167 kluster dengan sembilan kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak dua peratus pada ME 1 berbanding ME 52.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua menurun sebanyak 15.4 peratus manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak 7.7 peratus,” ujarnya.

Menurut Noor Hisham, bagi perkembangan melibatkan Influenza Like Illnes (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 3.5 peratus pada ME 1/2023, manakala sebanyak 2.6 peratus SARI dikesan positif Covid-19 pada minggu sama.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kementerian Kesihatan akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara dan luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada WHO serta akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya