Covid-19: Kes baharu mingguan menurun, kematian meningkat

Covid-19: Kes baharu mingguan menurun, kematian meningkat

SUSULAN kebimbangan berhubung penularan Covid-19, kerajaan akan melakukan saringan di pintu-pintu masuk negara kepada semua pelancong dari semua negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes baharu Covid-19 pada Minggu Epidemiologi 2 (ME 2/2023) dari 8 hingga 14 Januari terus mencatatkan penurunan kepada 21.9 peratus atau 2,525 kes berbanding minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes tempatan Covid-19 menurun sebanyak 22.3 peratus iaitu 2,497 kes berbanding 3,213 kes, manakala bilangan kes import meningkat sebanyak 55.6 peratus dengan merekodkan 28 kes berbanding 18 kes.

“Bilangan kes kematian juga meningkat sebanyak 61.9 peratus daripada 21 kes kepada 34 kes dan bilangan kes sembuh pula berkurangan kepada 3,288 kes berbanding 3,781 kes pada ME 1.

“Purata kes aktif setiap hari ialah 10,901 turun sebanyak 3.3 peratus berbanding minggu sebelumnya iaitu 11,278 kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Noor Hisham, secara kumulatif, bermula dari 25 Januari 2020 hingga kelmarin, sebanyak 5,032,433 kes baharu Covid-19 dicatatkan, manakala kes sembuh yang direkodkan ialah 4,985,263 kes.

Jelas beliau, kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,908 kes dan kumulatif kluster ialah 7,167 kluster dengan lima kluster masih aktif.

“Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) bagi setiap 100,000 penduduk secara keseluruhan menurun sebanyak 27.1 peratus pada ME 2 berbanding ME 1.

“Jumlah kemasukan pesakit kategori satu dan dua menurun sebanyak 36.4 peratus manakala jumlah pesakit kategori tiga, empat dan lima menurun sebanyak 41.7 peratus,” ujarnya.

Tambah Noor Hisham, bagi perkembangan melibatkan Influenza Like Illnes (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infection (SARI), sebanyak 27 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 3.4 peratus, manakala sebanyak 1.7 peratus SARI dikesan positif Covid-19 pada minggu sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya