Cemburu dipercayai punca lelaki warga asing maut

Cemburu dipercayai punca lelaki warga asing ditemukan terikat dibunuh

Bunuh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cemburu dipercayai punca seorang warga asing dibunuh sebelum ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki terikat di tepi Jalan Bestari Jaya- Rawang dekat sini pada 30 Disember lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, siasatan mendapati mangsa berusia 40-an itu dipercayai dibunuh menggunakan senjata disyaki tukul kira-kira 12 jam sebelum dibuang di lokasi kejadian.

Katanya, kedua-dua suspek termasuk seorang warga Bangladesh  berusia 40-an ditahan pada awal Januari lalu sebelum direman selama dua minggu.

“Motif kejadian dipercayai disebabkan cemburu apabila mangsa dikatakan berkahwin dengan teman wanita seorang daripada suspek.

“Kedua-dua suspek akan dituduh ke Mahkamah Selayang esok di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya di sini hari ini.

7 Januari lalu, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S.Sasikala Devi dilaporkan berkata, semakan mendapati tiada tanda suntikan imunisasi BCG (Bacillus Calmette Guerin) dan tatu pada mangsa.

Beliau dilaporkan berkata,  hasil bedah siasat dilakukan mendapati punca kematian mangsa disebabkan parah di kepala dipercayai akibat dipukul menggunakan objek tumpul. 

Sebelum ini, media melaporkan mayat lelaki dalam keadaan tangan dan kaki diikat serta mempunyai kesan cedera di kepala ditemui di tepi Jalan Bestari Jaya-Rawang menghala ke Bestari Jaya, dekat Rawang pada 30 Disember lalu. –utusan

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya