Buli jalan raya: Pemandu Proton Iriz dikesan polis

Buli jalan raya: Pemandu Proton Iriz dikesan polis

ANAK Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham berkongsi dalam Twitter selepas mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemandu sebuah Proton Iriz sedang dikesan polis bagi membantu siasatan berkaitan tindakannya yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada pemandu lain.

Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) PDRM menerusi kenyataan di Facebook berkata, pihaknya telah mengesan satu video tular berdurasi 14 saat memaparkan sebuah kereta Proton Iriz warna hijau dipandu secara berbahaya.

Kata hantaran itu, kereta berkenaan cuba menghalang laluan sebuah kereta iaitu perakam video berkenaan.

“JSPT menggesa pemandu kereta ini segera tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan memandangkan nombor plat kenderaan tersebut telah dikenal pasti,” kata hantaran itu.

Terdahulu, anak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham, mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.

Melalui satu perkongsian di Twitter, anak keempat Anwar itu berkata, perbuatan itu dilakukan seorang wanita yang memandu kereta jenis Proton Iriz.

Beliau berkata, pemandu kereta terbabit asyik menekan brek di lorong laju dan menyatakan tindakan pemandu terbabit amat berbahaya apatah lagi ketika itu anaknya berusia dua tahun turut bersamanya.

Nurul Ilham turut memuat naik satu rakaman video kejadian itu di Twitter. Berdasarkan video berdurasi 14 saat itu, pemandu Proton Iriz berwarna hijau itu kelihatan beberapa kali menekan brek di lorong laju.

Nurul Ilham berkata, beliau melihat kenderaan wanita itu berhampiran sebuah plaza tol, namun tidak dinyatakan lokasinya secara tepat.

Beliau berkata, ketika di lokasi kejadian, wanita itu menyembunyikan hon ke arahnya untuk menuju ke lorong Touch N Go. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya