Buat khianat angkara tidak puas hati dimarahi

Buat khianat angkara tidak puas hati dimarahi

ANTARA barangan dirampas polis daripada dua suspek yang melakukan khianat terhadap sebuah kereta di Ampang, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara dimarahi ketika berkunjung ke rumah kakak ipar, pasangan kekasih bertindak membocorkan tayar dan memecahkan lampu kenderaan milik seorang lelaki dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Ampang Jaya di sini.

Kejadian dipercayai berlaku apabila pasangan itu datang ke kediaman tersebut dalam keadaan mabuk dan membuat bising.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa kemudian memarahi suspek kerana datang dalam keadaan mabuk dan membuat bising.

MOHAMAD FAROUK ESHAK

“Tujuan suspek pergi ke rumah mangsa adalah untuk berjumpa dengan kakaknya. Mangsa adalah abang ipar kepada kakak suspek.

“Mangsa menyedari kereta Mercedes Benz A200 miliknya dirosakkan dengan keempat-empat tayar dibocorkan, lampu bahagian belakang dipecahkan dan keseluruhan kereta mempunyai kesan calar,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut Mohamad Farouk,, semakan rakaman litar tertutup (cctv) mendapati pasangan tersebut melakukan perbuatan khianat berkenaan.

Katanya, susulan itu, kedua-dua suspek ditahan pada pukul 11 malam semalam di Taman Lembah Maju bagi membantu siasatan.

“Kejadian dipercayai berpunca akibat tidak berpuas hati selepas dimarahi.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas objek digunakan suspek untuk melakukan perbuatan khianat iaitu pemutar skru dan kunci kereta,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek yang ditahan didapati positif ujian saringan awal air kencing bagi dadah jenis Benzo.

“Suspek lelaki yang bekerja sebagai mekanik kereta di Cheras mempunyai tiga rekod lampau jenayah manakala suspek wanita yang tidak bekerja mempunyai satu rekod lampau jenayah.

“Kedua-dua suspek dibenarkan reman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya