Barcelona FC rai peminat Malaysia sempena Tahun Baharu Cina

Barcelona FC rai peminat Malaysia sempena Tahun Baharu Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Barcelona FC mengukuhkan komitmen berinteraksi bersama lebih 40 juta penyokong kelab bola sepak itu di rantau Asia Tenggara dengan mencipta pelbagai kandungan terbaik bagi meraikan kepelbagaian budaya di seluruh Asia Pasifik.

Bersempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, kelab berkenaan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di Spotify Camp Nou khusus bagi peminat di Malaysia dengan kerjasama komuniti berbangsa Cina, pereka fesyen, artis visual dan pempengaruh media sosial.

Menurut satu kenyataan, Presidennya, Joan Laporta berkata, aktiviti itu merangkumi persembahan tarian naga dan singa tradisional oleh Penya Blaugrana Dracs Units, di samping persembahan muzik dan kaligrafi Cina.

“Dalam perlawanan menentang pasukan Getafe, pasukan akan menggunakan nama mereka dengan aksara Cina ketika perbarisan pemain.

“Malah, stadium juga akan dihiasi dengan replika Arnab, manakala, kanak-kanak dari Penya Blaugrana Dracs Units akan mengiringi pemain ke padang,” katanya.

Kelab itu juga akan mengeluarkan satu siri Vlog menerusi pengasasnya, Andres Gallardo yang menyelidik makna di sebalik Tahun Arnab dengan mempamerkan koleksi barangan kemas dan beg tangan porselen buatan tangan daripada jenama Sepanyol itu bertemakan haiwan tersebut.

Para peminat boleh mendapatkan pelekat dan penapis Barça di Instagram menerusi #rabbityear serta menyertai cabaran di TikTok selain boleh menikmati pelbagai pengalaman secara digital termasuk foto profil dan kertas dinding silang menerusi hasil tangan artis berbakat.

“Selain mendapatkan pelekat inspirasi Barça serta sampul merah di WeChat dan koleksi arnab istimewa pada Meitu Xiu Xiu khas buat Culers peminat terlibat dengan Barça ketika sambutan Tahun Baru Cina kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya